Thursday, 31 March 2016

Pisang Salai; Nostalgia dan budaya membentuk saya sebagai seorang manusia yang anda semua kenali.

Saya seorang hamba Allah yang biasa. Tiada yang istimewa tentang saya. Mungkin cara saya melihat dunia, memahami agama dan kecintaan pada seluruh semesta sedikit berbeza. Kalau di England mereka panggil saya 'eccentric'. Apa yang membuat saya teruja dengan kehidupan adalah nostalgia dan asal-usul keluarga. 

Kekadang saya jadi keliru dek berbagai keturunan yang mengalir dalam darah saya. Kawan-kawan kata saya 'banyak cakap macam India', ‘malas macam Melayu’, ‘berkira macam Cina’ (dalam hal perniagaan) dan ‘emo(tional) macam Indon’! 

Itu kata mereka. Saya terima semua tu sebab itulah darah daging saya.

Baru saja saya tahu dalam keturunan kami ada darah Arab juga dari sebelah mak (Mak saya cantik giler macam Seniwati Sarimah waktu muda dulu! Dan masih cantik walaupun kekadang sudah tak berapa sihat sekarang ni). Nanti saya kaji karakter Arab macam mana pula ye? 😂😂😂

Nostalgia dan budaya membentuk saya sebagai seorang manusia yang anda semua kenali. Keagamaan memberi pengertian Yang Maha Suci abadi dalam naluri yang tak perlu di'riak'kan.

Masa kecil dulu saya sering menghabiskan waktu cuti sekolah di kampung, Parit Sempadan, Batu Pahat dengan arwah nenek tiri, arwah atuk, mak dan bapak sedara. Main teng-teng, menuba ikan dan udang mahu pun ke selut laut mencari lokan dan kerang. Selalu dileter arwah nenek kerana takut kami dihanyut keganasan ombak laut atau dimakan buaya semasa menyeberang sungai. Tapi kami degil!

Arwah atuk penggembala lembu dan berbangsa India. Sampai ke akhir hayat, atuk masih bertutur Bahasa Melayu terbalik-bokong macam pendatang India/Pakistan sekarang ni. Saya rindu 'Bahasa Melayu’ atuk.

Untuk menambat hati atuk perempuan (nenek), saya tolong atuk di ladang tomato, cili, kopi, koko atau ke kebun pisang. Pada masa ini kelapa juga diusahakan sebagai sumber pendapatan. Semasa kelapa dikeringkan di bahagian atas dalam bangsal, pisang juga disalai supaya dapat disimpan lama sebagai makanan ringan. 

Bahan api yang digunakan biasanya tempurung kelapa, sabut kelapa dan daun kelapa kering. Sayangnya proses ini tidak lagi diamalkan walau di kampung saya. Namun kecintaan saya pada pisang salai tidak pernah dan tidak akan pupus. Alhamdulillah tradisi masih diteruskan di daerah Air Hitam dan Batu Pahat. 

Untuk pembukaan restoran saya di London dulu, saya menggunakan pisang salai untuk mencipta 'signature dish' saya dalam bentuk aiskrim. Terciptalah Aiskrim Pisang Salai (Smoked Banana Ice Cream) pertama di dunia sekitar tahun 2000. Tiada bahan pengawet digunakan, hanya bahan makanan semulajadi. 

Dua tahun sebelum restoran dibuka, saya sudah mula menyempurnakan ciptaan kecil saya ini. InsyaAllah satu hari nanti saya akan memperkenalkan semula Aiskrim Pisang Salai ni pada anda semua.

Mengapa saya ubah pisang salai kepada aiskrim? Tiada perubahan sebenarnya. Hanya pengaplikasian sesuatu yang tradisi dalam konteks yang lebih dapat 'diterima' (accessible) oleh semua lapisan masyarakat dan bangsa.

Atas dasar konteks yang sama, saya mencipta pula Brownies Pisang Salai untuk kafe terbaru saya yang InsyaAllah akan dibuka tak lama lagi. Proses ini pula saya mulakan pada pertengahan tahun lepas (2015) dan hanya minggu lepas saya berpuas hati dengan hasilnya.

Bebelan saya ini bukan untuk menunjuk pandai, jauh sekali mendabik dada dengan ke'eksentrik'an saya. Hanya sekadar berkongsi 'akidah' kulinari saya. Setiap yang dicipta ada cerita dan setiap yang dibina berdasarkan cinta agar akar umbi bertunas kukuh dengan budaya, juga melodi bangsa. InsyaAllah

-Chef Adu Amran-
instag: @chefaduamran The Canteen by Chef Adu
31032016

Top 5 untuk Chef Selebriti Pilihan di Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) anjuran mStar Online.

Alhamdulillah. Walau saya tidak tahu menahu tentang pencalonan awal, saya amat teruja bila diberitahu yang saya terpilih antara top 5 untuk kategori Chef Selebriti Pilihan di APO - Anugerah Pilihan Online anjuran mStar Online #apo2016.

Pencalonan ini saya percaya tidak akan terlaksana tanpa sokongan padu anda semua yang menyokong saya!🙏🏽.

Saya ingin mengucapkan jutaan Terima kasih kepada yang sayang saya dan mengundi tanpa pengetahuan saya! Anda berhati mulia!

Jadi, dengan ini saya minta budi baik anda semua untuk terus mengundi dari sekarang sehingga ke 30hb April 2016.

Acara penganugerahan Akan disiarkan secara langsung pada 30hb April 2016 di RTM2 🙏🏽🙏🏽🙏🏽😘😘

Sunday, 27 March 2016

Bidan terjun!


Memperagakan antara 3 rekaan terbaik pertandingan batik di Majlis 'Charity Hi-tea' YANAS di bawah naungan YM Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Bersama saya adalah kedua-dua Putera Tengku Puan sendiri.

I was honoured to have been asked to do it. Thank you all.

Also, congratulations to @ruzzgahara for 'Gilded', a mesmerising collection with hues of golds, browns and greens that encapsulate the mystery of Amazonian jungle!

Friday, 11 March 2016

Maybe sometimes we should think before feeling we are the victim...

When something bad happens to us, we'd always be on a high horse about it. Maybe sometimes we should think before feeling we are the victim...

1 - Is it really that bad?


2 - Are we right in thinking, what we feel or see is the reality?


3 - Is it our karma haunting us for what we have done in the past?


4 - blame ourselves first before anyone else, the whole world and the entire universe!


Morale of the caption/story is I have a friend who's gone loony because he just thinks whatever bad things happen to him is because of other people! And the rest of the world! He has done nothing wrong! Stop and think!


Thursday, 10 March 2016

Happy birthday Mak!

And I am very privileged, coming from unprivileged background to have Mak and Abah who brought us up with their blood, tears and sweat! 

And today is Mak's birthday! 

Happy birthday Mak! 

Pak Ngah sayang Mak to the moon and back! 

Thank you for all you love, care and talents we all 'tumpang' you are the greatest woman of all times! 🙏🙏