Wednesday, 25 May 2016

'The complete Soto Johor'



"Chef, soto you memang sedap! Tapi satu je kurang."

"Apa dia?", tanya saya.

"Begedil" jawab si pelanggan sambil tersenyum.

Saya membeliakkan mata dan menutup mulut! Terkesima dengan kelalaian sendiri. Saya mengakuinya seraya terpacul perkataan "Maaf" kepada si Pelanggan.

Esoknya kami di The Canteen by Chef Adu terus membuat begedil untuk melengkapkan Soto kami.

Komen yang begini amat saya hargai kerana ianya ikhlas dan disampaikan terus kepada saya.

Saya tidak sempurna. Acap kali saya akan menyapa pelanggan bertanya khabar dan minta feedback tentang apa yang dihidangkan. 

Lebih afdal jika 'ketidakpuasan hati' dilemparkan ke muka saya bila saya bertanya. Lebih 'mulia' dari bila berdepan semuanya ok dan kemudiannya 'mengomel' di FB atau insta mereka.

Alhamdulillah selama 5 minggu saya menghambakan diri mengambil pesanan, membuat air, menyedikan makanan dan membasuh pinggan, hanya satu saja komen yang agak menyentuh hati k ulinari dipaparkan di muka FB.

Saya sudah 23 tahun memasak, namun masih peka dengan ilmiah dan kehendak manusia yang kekadang amat demanding.

Dalam hidup ini ada yang suka, ada yang benci.

Itu lumrah.

So, as I used to say in my restaurant in London (uolssss!) if you like our restaurant, tell your friends, if there's anything wrong tell US!" 🙏🏽🙏🏽🙏🏽

No comments:

Post a Comment